Monday, May 28, 2012

semuanya normal,

Assallamualaikum (n_n)



Kadang-kadang, tak guna paksa orang masuk dalam masalah kita sendiri,
Kadang - kadang, tak guna nak marah orang sebab tak faham situasi dan keadaan kita.

Kadang - kadang, tanpa sedar, kita cuba mengheret mereka dalam masalah kita, bila mereka tak mahu dan tak ingin faham, kita mula jadi marah.

Me too, aku antara orang - orang yang memaksa itu (T_T)

Hidup tak selalunya cerah, bumi berputar, tapi hati tetap di sini, meniti hari yang sunyi, lahirkah keredhaan sedang semuanya tak seperti di harapkan?

Aku, aku bukan jenis bangsa tak bersyukur. Tapi, aku bangsa yang ingin dapat apa yang aku rancang. Hidup aku penuh dengan perancangan. Tapi, bila 'MASA' dan 'KEADAAN' tak mengizinkan, aku mula jadi 'stuck'

Yupp, aku memang bukan seorang yang sempurna untuk mengharapkan semua benda dalam hidup ini akan jadi sesempurna mungkin. Tak!
Tapi, bila ianya menuntut janji - janji, terasa berat bahu nih, Itu tak pernah aku nafikan,

Actually, kesian abah dan mak, abah cakap, abah tak nak pergi Hospital Serdang sebab jauh. Ye, aku faham bila abah cakap belanja besar nak ke sana, hurm. Nak buat macam - mana kan?

Masa balik malam semalam dari kampung, aku terfikir, aku ambil je laa cuti masa abah nak pergi hospital tu, kesian kat abah dan mak, tak sampai hati pulak nak susahkan abah drive jauh - jauh. Sampai kat rumah sewa, aku call.. cakap kat abah, suruh abah dan mak naik train dari batu gajah dan turun kat kl sentral, then..nanti aku bawak mak dan abah pergi serdang. Abah kata OK, it's better, right??.

Touching jugak masa hari sabtu bila aku hulur duit kat mak dan abah, mak dan abah tak nak ambil, touching tau. Tapi last - last, mak dan abah ambil jugak ;)

Apalah gunanya kalau aku bermewah - mewah kat sini, sedangkan mak dan abah tak rasa langsung titik peluh aku, aku lebih rela tak cukup duit..asalkan aku masih ada lagi rasa tanggungjawab pada mak dan abah.

Tak semua orang faham situasi kita, sebab, Allah tak lahirkan mereka 'di-dalam-tapak-kasut-kita',

ok, semuanya normal, normal pada aku.

Terima Kasih Tuhan atas semua dugaan ini, Terima Kasih sebab buat saya lebih tabah dari orang lain, Terima kasih sebab sayang saya, Terima kasih sebab pilih saya untuk di duga,

Dear Rasyidah, You can do it. Dah jauh kamu berjalan. Just fight. Kamu tak perlukan sesiapa untuk 'guide' keputusan yang di buat,


No comments:

Post a Comment

1. Tulis komen baik-baik sahaja.
2. Kalau tak nak komen, tak yah buat ayat kurang budi bahasa.
3. Ini Belog peribadi. Suka hati saya nak taip apa. Nak kutuk, pergi belog sendiri ye!
4. Anonymous not allowed!

Terima Kasih!

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998