Monday, April 30, 2012

30-04-12

Assallammualaikum,



Meh sini rapat-rapat, aku nak buat luahan perasaan ni. Kalau sudi nak baca, bacalaa.. nie blog aku, so sukahatilah aku nak cerita apakan?

Aku sedih,
Indahnya hidup kalau semua dalam hidup ni mudah, betul?. Hurm.. hidup aku nie kan, banyaknye laa cabarannye, boleh tak kalau aku tak nak balik KL dah?. Sadis betul..

Gaji aku oklaa, setakat basic seorang yang mempunyai diploma,
tolak bayar kereta,
tolak bayar rumah,
tolak bayar telefon kat kampung,
tolak bayar pinjaman pelajaran,
tolak bagi mak dan abah,

dan, sekarang yang tinggal kat aku RM 400. dan dengan RM 400 nak duk kl, makan + minyak kereta,
belum lagi tolak,

Simpan untuk majlis tunang,
simpan untuk beli barang nak tunang,
simpan untuk masa depan,
simpan untuk insurans & Road tax kereta,
simpan untuk emergency..

Ya Allah, macam mana aku nak hidup macam nie?. Mak cakap, kalau aku tak cukup duit, tak payah bagi kat mak dan abah dulu. Tapi, sesungguhnya aku tak sanggup. Betul, aku masih ada perasaan, hurm :(

Sedih pulak, kerja susah-susah, nak beli baju , hand bag dan kasut idaman pun tak mampu T______T
Banyak sangat benda penting dalam hidup aku nie..

Cam mana aku nak survive..?; aku sendiri tak berani nak fikirkannya.

Tak semua dalam hidup ni indah, aku tak biasa nak susahkan orang - orang sekeliling aku, langsung tak.

Ya Allah, apa patut aku buat?


No comments:

Post a Comment


Anonymous not allowed!

Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998