Sunday, October 24, 2010

Cara Gugurkan Kandungan


:: di edit semula pada 21/9/2012 ::

p/s: Memandangkan ini adalah keyword utama di google, maka tak hairanlah banyak sangat traffic datang ke blog ini atas tajuk kat atas ni, kadang-kadang malu jugak, tapi demi menyedarkan semua pihak, harap entry ini berguna.

Pada anda, anda dan anda yang telah terlanjur. Please jangan buat benda-benda kat bawah ni, korang dah buat dosa, takkan korang nak tambah dosa lagi? Aku tahu, aku tak di tempat korang, tapi korang kene remind jugak, korang termengandung di sebabkan diri korang sendiri. Aku boleh consider kalau korang tu kena rogol, tapi kalau sebab kerelaan sendiri, sorry to say, aku tak kesian, lagi menyampah ada lah!

Tulah, masa ngah sedap-sedap korang tak nak fikir;

Entry ini aku edit semula sebab sangat ramai yang google tentang tajuk ni kat blog aku.. Sila baca pada siapa2 yang berniat, ok..?

scary dan memilukan.
Jangan baca jika anda lemah semangat atau lemah perasaan…
Anda ingin menggugurkan kandungan?Atau anda pernah terfikir untuk gugurkan anak?


ihsan dari ondscene.my


Pernah tahu atau belajar macamana prosedur itu dilakukan?
Begini caranya…

Berikut ini adalah gambaran mengenai apa yang terjadi di dalam suatu proses pengguguran/ pembunuhan anak :


Pada kehamilan muda (dibawah 1 bulan):
Pada masa usia janin masih sangat kecil, pengguguran/ pembunuhan dilakukan dengan cara menggunakan alat penyedut (suction).Sang anak yang masih sangat lembut akan tersedut dan hancur luluh.
Saat ia dikeluarkan dapat dilihat cairan merah berupa gumpalan-gumpalan darah dari janin yang baru dibunuh itu…

Pada kehamilan lebih lanjut (1-3 bulan):
Pada tahap ini, di mana janin baru berusia sekitar beberapa minggu, bahagian-bahagian tubuhnya mulai terbentuk.Pengguguran/ pembunuhan dilakukan dengan cara mencucuk anak tersebut, kemudian bahagian-bahagian tubuhnya dipotong-potong dengan menggunakan peralatan khas untuk proses pengguguran/ pembunuhan.

Anak dalam kandungan itu diambil dengan menggunakan peralatan tersebut, dengan cara mencucuk dan menarik bahagian yang boleh tercapai seperti pinggang, bahu atau leher.
Setelah dicucuk-cucuk, dihancurkan pula bahagian-bahagian tubuhnya.
Tulang-tulangnya diremukkan dan seluruh bahagian tubuhnya disiat-siat menjadi bahagian-bahagian kecil agar mudah dikeluarkan dari kandungan.

Dalam klinik pengguguran/ pembunuhan, biasa dilihat potongan-potongan bayi yang dihancurkan ini.
Ada potongan tangan, potongan kaki, potongan kepala dan bahagian-bahagian tubuh lain yang mungil dan comel.
Anak kecil tak berdosa ini telah dibunuh dengan cara yang paling mengerikan.

Pengguguran/ pembunuhan tahap kehamilan lanjutan (3 sampai 6 bulan):
Pada tahap ini, bayi sudah semakin besar dan bahagian-bahagian tubuhnya sudah jelas kelihatan.
Jantungnya sudah berdegup dan tangannya sudah boleh menggenggam.
Tubuhnya sudah boleh merasai kesakitan, kerana jaringan sarafnya sudah terbentuk dengan baik.
Pengguguran/ pembunuhan dilakukan dengan terlebih dahulu membunuh bayi ini sebelum dikeluarkan.
Pertama, diberikan suntikan maut (saline) yang dimasukkan ke dalam ketuban bayi.
Cairan ini akan membakar kulit bayi tersebut secara perlahan-lahan, menyesakkan pernafasannya dan akhirnya setelah menderita selama berjam-jam sehingga selepas 24 jam, bayi itu akhirnya mati.
Selama proses ini dilakukan, bayi akan memberontak, cuba menangis, menjerit dan jantungnya berdegup deras.

Pengguguran/ pembunuhan tahap kehamilan lanjut (6 sampai 9 bulan):
Pada tahap ini, bayi sudah sangat jelas terbentuk. Wajahnya sudah kelihatan termasuk mata, hidung, bibir dan telinganya yang mungil. Jari-jarinya juga sudah menjadi lebih jelas dan otaknya sudah berfungsi baik.
Untuk proses ini ia dilakukan dengan cara mengeluarkan bayi tersebut hidup-hidup, kemudian dibunuh.

Cara membunuhnya mudah saja dan inilah kaedah paling murah dan biasa kita lihat di Malaysia :
Biasanya langsung dilemparkan ke tempat sampah, ditenggelamkan kedalam air atau dipukul kepalanya hingga pecah sehingga tangisannya berhenti dan pekerjaan terkutuk itu selesai.
Selepas itu, hanya darah bayi itu sahaja yang akan mengingatkan orang-orang yang terlibat di dalam pengguguran/ pembunuhan ini bahawa satu pembunuhan keji telah terjadi…
Semua proses ini seringkali tidak disedari oleh para ibu yang melakukan pengguguran/ pembunuhan ini. Mereka merasa bahawa pengguguran/ pembunuhan itu cepat dan tidak sakit.

Mereka tidak sedar kerana di bawah pengaruh ubat bius. Mereka boleh segera pulang tidak lama setelah pengguguran/ pembunuhan dilakukan.
Benar. Bagi wanita, proses pengguguran/ pembunuhan itu cepat dan tidak sakit.
Tapi bagi bayi, itu adalah proses yang lama, sangat mengerikan, menyakitkan, dan benar-benar tidak berperikemanusiaan!

Jadi untuk anda yang merancang untuk melakukan pengguguran (pembunuhan) ini, anda sudah fikir 200 kali?
Belum?




Anda ada pilihan, jika anda tidak mahukannya, letak sahaja mereka di sini




Bukankah itu lebih berperikemanusiaan?
sila google, utk cari lokasinya, please..
JANGAN BUNUH BABY!



please!

KORANG DAH BUAT DOSA,TOLONG JANGAN TAMBAH LAGI DOSA

Kalau tak nak tambah dosa, jangan merenyam sangat! kalau dah tak tahan, mintak mak ayah kahwinkan..


K, bye!

11 comments :

  1. mengikut pendapat ulama..x kira berapa bulan kandungan yg hendak di gugurkan dosanya tetap dosa membunuh...Na'uzubillah...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. na'uzubillah....sgt zalim:(

    ReplyDelete
  4. artikel nih macam nak ajak orang gugur kandungan je

    ReplyDelete
  5. Cik / En Anonymous.. ianye depand pada pembaca, niat saya hanya untuk menyampaikan macam-mana siksanya keadaan bayi itu, kalau saya tak buat tajuk macam kat atas itu, adakah anda sendiri terpanggil untuk membaca entry ini?

    Apa pun terima kasih kerana pendapat anda,saya faham apa saya tulis (:

    ReplyDelete
  6. hello nak tanya sikit, ubat pecah darah ni untuk apa gunanya? tq :)

    ReplyDelete
  7. @Bonny

    sorry, ai tak tau.. ai buat entry nih utk sedarkan orang supaya jgn senang-senang nk gugurkan bayi and nak share macammana sakitnya bayi tu, thats all..

    ReplyDelete
  8. Ya Allah..kesiannya.jangan lah buat begitu.sy sndiri nak ank.tp org lain buang. :(

    ReplyDelete
  9. masih ramai yang tak faham maksud disebalik penulisan entri ni kan Cik Syida..hehe..

    ReplyDelete
  10. arghh .... sedih. kalau xnk anak bg ler pd yg memerlukan. entry nie utk kesedaran kn cyda

    ReplyDelete

1. Tulis komen baik-baik sahaja.
2. Kalau tak nak komen, tak yah buat ayat kurang budi bahasa.
3. Ini Belog peribadi. Suka hati saya nak taip apa. Nak kutuk, pergi belog sendiri ye!
4. Anonymous not allowed!

Terima Kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik, adalah melakukan suatu kesalahan, tindakan boleh diambil mengikut akta AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998